KUCHING: Dunia sukan Sarawak kehilangan permata yang bakal menyerlah dalam sukan hoki.

Dengan pemergian Bill Wolfson Lianie, 14, pada Ahad.

Mendiang yang juga anak jati kelahiran Kampung Mambong, Jalan Puncak Borneo menyertai Klinik Penjaga Gol, Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) sempena Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak tiba-tiba rebah dalam biliknya sebelum disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainon.

DALAM KENANGAN…Mendiang Bill Wolfson Lianie (kanan) bersama-sama bekas penjaga gol kebangsaan, S. Kumar (kiri).

Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkesempatan menziarah jenazah mendiang di kediamannya tengah hari tadi.

“Kita bersimpati dengan apa yang dilalui keluarga mendiang. Ia satu kehilangan besar bagi dunia sukan hoki Sarawak.

“Mengambil kira potensi mendiang yang antara permata dalam pembikinan bagi posisi penjaga gol,” ujarnya.

Terdahulu, beliau zahir ucapan terima kasih kepada Menteri Belia Sukan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Faisal Azumu atas tindakan serta bantuan dihulurkan bagi pengurusan penghantaran pulang jenazah mendiang ke kampung halamannya.

Suara Sarawak