KUCHING: Sarawak dijangka mampu menghasilkan kira-kira 100,000 tan hidrogen pada 2027 sekali gus meningkatkan sumber pendapatan negeri.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia susulan hidrogen yang diproses menerusi kilang-kilang yang dibina di Sarawak ketika ini akan dibeli oleh pelabur dari Korea Selatan pada masa akan datang.

“Bahkan, industri baharu itu diyakini akan membuka banyak peluang pekerjaan di Sarawak tambahan lagi hidrogen berpotensi besar untuk berkembang disebabkan faktor alam sekitar yang sesuai,” katanya.

Abang Johari bercakap pada program Bicara Hati Rakyat Bersama Abang Jo yang disiarkan secara eksklusif oleh TVS hari ini.

Beliau berkata demikian menerusi program Bicara Hati Rakyat Bersama Abang Jo yang disiarkan secara eksklusif oleh TVS, hari ini.

Sementara itu katanya, selain tenaga dari alga, beliau turut memaklumkan bahawa potensi Sarawak dalam menceburi tenaga solar dengan memanfaatkan tasik empangan untuk membina panel solar terapung.

Dalam pada itu bagi menambah kepelbagaian ekonomi di Sarawak, beliau turut mendedahkan produk-produk industri hiliran gas juga mampu meningkatkan nilai tambah berbanding bahan mentah.

“Menerusi semua industri ini, ia akan menjadi tarikan kepada pelabur untuk datang ke Sarawak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari berkata pembinaan jalan yang sempurna akan menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi selain memudahkan pergerakan penduduk di kawasan berkenaan.

Suara Sarawak