KUCHING: Jalinan kerjasama erat antara organisasi media dan syarikat korporat berkaitan kerajaan memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat.

Justeru itu, Sarawak Metro Sdn Bhd hari ini telah mengadakan jamuan ringkas makan tengah hari di sebuah restoran bersama wakil daripada akhbar Suara Sarawak.

Dalam majlis ringkas yang dihadiri wakil akhbar Suara Sarawak, Ekamiezza Kamil dan Raz Alia itu, pertemuan ini bertujuan bagi memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara dua pihak selain berkongsi perkembangan semasa.

Wakil Suara Sarawak menerima cenderahati dari Bahagian Komunikasi Korporat Sarawak Metro Sdn Bhd yang diketuai Pengurus Kanan Media, Letitia Samuel (dua kanan) di sebuah Restoran di Kuching, hari ini.

Sarawak Metro Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh kerajaan negeri Sarawak telah mengendalikan dan menguruskan sistem pengangkutan baharu dan moden di Sarawak.

Ia termasuk penglibatan secara langsung dalam pemerkasaan sistem pengangkutan Sarawak menerusi projek Transit Aliran Rel Autonomi (ART).

Hadir sama Pengurus Kanan Media Sarawak Metro Sdn Bhd, Letitia Samuel, Eksekutif Media Anthea Lea, Pengurus Program SEED, Priscilla Annabel dan Pegawai Komunikasi, Deborah Peni Lonsa.

Suara Sarawak