KUALA LUMPUR: Kontinjen Para Sukma Sarawak gagal untuk merealisasi misi menjulang mahkota juara pada temasya Sukan Para Sukma XX MSN, Kuala Lumpur 2022 apabila sekadar menduduki tempat kedua.

Menamatkan saingan kejohanan dwitahunan negara selama enam hari (1-6 November) itu dengan memperoleh 146 pingat keseluruhan, 50 emas, 47 perak dan 49 pingat gangsa.

Gagal mengekang kebangkitan jiran tetangga, Sabah selaku juara baharu yang berjaya menggumpul 125 pingat keseluruhan, 54 emas, 36 perak dan 35 gangsa.

Sekali gus, tamparan hebat buat kontinjjen dari Bumi Kenyalang itu untuk meraih gelaran juara ke-14 selepas gah dengan status terhebat (juara) yang pernah dimenangi sejak dari tahun 1994, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008, 2010, 2012, 2014, 2016 dan 2018.

Tempat ketiga milik Johor dengan 93 pingat keseluruhan, 38 emas, 30 perak dan 25 gangsa.

Suara Sarawak