KUALA LUMPUR: Sarawak United FC (SU FC) gagal untuk melayakan diri ke peringkat suku akhir kempen Piala Malaysia 2022.

Meskipun, berjaya mencatat keputusan seri (1-1) pada aksi timbal balik menentang Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu malam tadi.

Namun, tuan rumah (Kelantan FC) berjaya mara dengan kelebihan agregat (2-1) .

Anak-anak buah S.Balachandran mampu mencipta kejutan untuk menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik pada saingan kali ini.

Mengambil kira beberapa peluang terbaik dimiliki sepanjang perlawanan malam tadi.

Namun, percubaan demi percubaan yang dilakukan gagal untuk menembusi gawang pasukan tuan rumah.

Gol Kelantan FC malam tadi dijaringkan oleh Nurshamil Abdul Ghani pada minit ke-13.

Manakala, gol penyamaan SU FC dijaringkan oleh Raja Imran Shah Raja Amin pada minit ke-31.

Suara Sarawak