Hasbi (kiri) bergambar dengan Racha (kanan) selepas pengumuman rasmi sebagai calon yang bertanding di Dewan Suarah Limbang pagi tadi.

LIMBANG: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Parlimen Limbang.

Mempertaruhkan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), GPS diwakili Datuk Hasbi Habibollah manakala PKR diwakili Racha Balang.

Sekitar proses penamaan calon yang berlangsung pagi tadi, Hasbi tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) jam 8.49 pagi tadi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail sebagai pencadang dan Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang selaku penyokong.

Manakala, Racha yang merupakan seorang bekas pesara kerajaan sampai lebih awal di PPC pada jam 8.25 pagi bersama Brahim Matali sebagai pencadang dan Jeffrey Kunjan sebagai penyokong.

Di samping itu, proses penamaan calon berkenaan meriah dengan kehadiran sekitar 1,000 orang penyokong daripada GPS dan 100 orang penyokong daripada PKR yang mengerumuni perkarangan Dewan Suarah Limbang pagi tadi.

Pada PRU-14, Hasbi yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi sebanyak 12,589 undi telah merekodkan majoriti 7,710 undi.

Beliau mengalahkan calon daripada PKR iaitu Dr. Ricardo Yampil Baba yang hanya memperoleh 4,879 undi.

 

Penyokong GPS yang memberi semangat kepada Hasbi bagi mempertahankan Parlimen Limbang tetap menjadi miliknya pada PRU kali ini.  Pic3:Penyokong PKR yang berada di luar dewan untuk memberikan suntikan semangat kepada Racha. 

Suara Sarawak