PUSA: Kehadiran pengundi di pusat mengundi SK Pusa dilihat sangat menggalakkan dalam tempoh dua jam pertama bermula 7.30 hingga 9.30 pagi.

Orang ramai sudah mula beratur kira-kira 6.30 pagi dan proses berjalan lancar dengan cuaca baik.

Pengundi rata-rata masih menggunakan pelitup muka.

Pemerhatian juga mendapati, di sebelah pagi pengundi dewasa dan warga emas dilihat awal menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Calon GPS Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli turut membuang undi di sini kira-kira 9.15 pagi.

Beliau diiringi isteri Nazrah Abdullah Chek, yang mengundi di pusat mengundi SMK Beladin.

Suara Sarawak