BERALIH ANGIN…Nur Shamie (depan) antara pemain berpengalaman.

KUCHING: Penyerang berpengalaman, Nur Shamie Iszuan Amin bakal mengucap selamat tinggal kepada pasukannya, Sarawak United FC (SU FC).

Penyerang lincah berusia 27 tahun itu akan menyertai Sri Pahang FC untuk saingan Liga Super 2023.

Menurut Shamie, beliau menerima tawaran daripada pasukan terbabit dengan kontrak dua tahun.

Tambahnya, keputusan menyertai skuad Tok Gajah musim depan itu semata-mata mahu meraih pengalaman baharu bersama pasukan terbabit.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan SU FC kerana memberi peluang menyertai pasukan musim ini,” kata Shamie kepada Arena Suara Sarawak.

Nur Shamie merupakan watak penting dalam skuad SU FC musim ini terutamanya dalam mengharungi kempen Liga Super 2022, apabila telah berjaya menjaringkan tiga gol.

 

Suara Sarawak