KABONG: Satu laporan polis telah dibuat susulan kes kerosakan kain rentang (poster) Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sini, hari ini.

Menurut Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.40 Kabong Shukeri Kipeli, tindakan tersebut sangat tidak bermoral.

“Gambar (poster) Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan calon GPS Saratok Giendam Jonathan Tait telah disemburkan menggunakan cat aerosol.

“Justeru, laporan polis dibuat untuk menyiasat kes tersebut,” katanya sambil meluahkan kekesalan terhadap sikap individu tertentu.

Susulan itu, Ketua Cawangan PBB N.40 Kabong Mohd Chee Kadir turut meluahkan harapan agar orang ramai lebih matang sebelum bertindak.

“Kita berharap semua orang yang terlibat agar mengamalkan politik sihat pada musim pilihan raya ini,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Parlimen Saratok bakal menyaksikan perebutan tiga penjuru antara GPS, Perikatan Nasional (PN) Dan Pakatan Harapan (PH).

Datuk Ali Biju sebagai penyandang mewakili PN akan menentang calon GPS Giendam dan calon PH Ibil Jaya.

Suara Sarawak