RAKAM KENANGAN…Pemain dari pasukan berjaya merakam gambar bersama Datuk Amar Haji Awang Tengah (berdiri ditengah) selesai majlis penyampaian hadiah.

KUCHING: Pasukan Strix Varis melakar sejarah muncul juara Pertandingan E-Sukan Mobile Legends Bang Bang 2022 yang berlangsung di Dataran Bandar Lawas, semalam.

Kejayaan itu membolehkan pemain pasukan terbabit membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Naib juara milik pasukan Bocah Mengamuk sekali gus membawa pulang wang tunai RM800. Sambil tempat ketiga milik pasukan 1UPX Esports menerima wang tunai RM600.

Manakala, pasukan Pemburu Janda menduduki tempat keempat dengan hadiah wang tunai RM400.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Pertandingan yang berlangsung selama sehari itu dianjur oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) sempena Program Bedudun Digital Lawas yang menyaksikan pembabitan 31pasukan handalan.

Suara Sarawak