SARIKEI: Batang Rajang dan Nyelong ditutup sementara untuk memberi laluan penganjuran Safari Memancing Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei bermula jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang, 3 Disember ini.

Pengawal Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dalam satu kenyataan memberitahu, laluan terbabit bermula dari Tanah Putih hingga Sentebu.

“Turut ditutup sementara pada hari tersebut ialah kawasan tebingan Batang Rajang, antara Terminal Satu dan Terminal Dua,” katanya.

Sehubungan itu, semua juragan kapal atau bot dan orang ramai diminta memberi kerjasama dan mematuhi arahan yang diberikan oleh para petugas bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Suara Sarawak