CANTIK … Pemandangan Tanjung Lusam yang diambil dari atas, lokasi yang terletak di Kuala Selalang Sarikei.  Kredit Foto : Pejabat Residen Sarikei.

SARIKEI: Keindahan alam semula jadi dengan flora dan fauna yang belum diterokai sepenuhnya menjadikan Tanjung Lusam, Kuala Selalang di sini sebagai antara destinasi yang diberi tumpuan bagi merancakkan aktiviti pelancongan di daerah ini.

Residen Sarikei, Felicia Tan Ya Hua berkata, kawasan ini mempunyai jajaran pantai bersih dan menarik yang sesuai untuk dijadikan sebagai pusat rekreasi.

“Kita berpeluang meninjau lokasi ini baru-baru ini dan saya terkejut selepas menyaksikan sendiri keindahannya yang begitu cantik dan masih belum diterokai sepenuhnya.

“Kawasan ini mempunyai potensi amat besar apatah lagi jika ada sektor atau pihak tertentu yang mahu membuat pelaburan memajukannya,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Nanas dan Buah-buahan 2022 Sarikei, pada Sabtu.

 

Suara Sarawak