KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tay Tze Kok dan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kelvin Yii Lee Wuen bagi Parlimen Bandar Kuching telah selesai menunaikan tanggungjawab mengundi pagi tadi.

Tze Kok tiba di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Song Kheng Hai jam 7.35 pagi, manakala Kelvin Yii tiba di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK (C)) Stampin jam 9.10 pagi tadi.

Tze Kok menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SMK) Song Kheng Hai di sini pagi tadi.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Bandar Kuching menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara calon GPS, DAP dan Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Penyandang Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii (DAP) akan ditentang Tze Kok (GPS) dan Voon Lee Shan dari PBK yang bertanding menggunakan logo Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Kelvin Yii menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK (C)) Stampin jam 9.10 pagi tadi.

Pada PRU-14, Parlimen Bandar Kuching dimiliki oleh Kelvin Yii dengan undi sebanyak 48,548 undi iaitu, majoriti 35,973 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Kho Teck Wan yang hanya mendapat 12,575 undi.

Mengikut statistik dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Parlimen Bandar Kuching kini mempunyai 109,710 pengundi berdaftar.

Suara Sarawak