KUCHING: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak hadir pada Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini.

Speaker Dun Sarawak Datuk Amar Tan Sri Mohammad Asfia Awang Nassar berkata, beliau telah menerima tiga permohonan ketidakhadiran daripada Adun Tarat Datuk Roland Sagah Wee In, Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan Adun Engkilili Johnical Rayong Ngipa.

Beliau berkata, Adun Engkilili tidak dapat hadir selama dua hari, bagi persidangan hari ini dan esok.

Persidangan DUN yang bermula pada hari ini sehingga 30 November nanti akan membentangkan enam Rang Undang-Undang (RUU).

Suara Sarawak