SARIKEI: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Parlimen Sarikei, Datuk Seri Huang Tiong Sii menunaikan tanggungjawab di, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sarikei.

Huang bersama isterinya, Datin Seri Law Yu Hui tiba di pusat mengundi pada jam 7.56 pagi tadi.

Pusat mengundi SMK Bandar Sarikei yang mempunyai 7,697 orang pengundi berdaftar dan 12 saluran dibuka pada jam 7.30 pagi dan dijangka tutup pada jam 5.00 petang ini.

SELESAI… Tiong Sii selesai mengundi di SMK Bandar Sarikei, pagi tadi.

Tiong Sii bertanding di kawasan bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 bagi P.208 Sarikei menentang dan Roderick Wong Siew Lead daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam persaingan dua penjuru.

Mengikut statistik daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi berdaftar bagi kawasan P.208 Sarikei ialah 55,018 orang.

Suara Sarawak