MATU: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya menyeru rakyat Sarawak terutamanya di kawasan Matu untuk turun beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mengundi GPS pada 19 November 2022 ini.

Menurutnya, dengan sokongan kuat daripada seluruh rakyat Sarawak adalah tidak mustahil untuk GPS memenangi 31 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU-15).

“Mandat besar yang diperoleh pada PRU-15 ini membolehkan suara Sarawak lebih kuat di Parlimen dan menuntut dana yang lebih besar daripada kerajaan pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Pemimpin Bersama Rakyat DUN N44 Jemoreng, Parlimen P207 Igan di Pusat Sumber JKKK Kampung Treng, Matu.

Terdahulu pada sebelah pagi, Dr Juanda yang juga Adun Jemoreng melawat ke Projek Pembangunan di sekitar Kampung Tian, Matu.

Dalam lawatan itu, beliau telah menyaksikan penyerahan beberapa Projek Kecil Luar Bandar dan Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (MRP-PPRMS) yang telah disiapkan di Kampung Tian.

Dr Juanda kemudiannya menyaksikan majlis penyerahan beberapa projek siap MRP-PPRMS di Kampung Jemoreng pada sebelah petang dan seterusnya menyaksikan penyerahan projek mula kerja bina baru titian di Kampung Dagang, Sekaan, Matu disempurnakan JKR kepada kontraktor.

Suara Sarawak