GERAN… Kui Hian menyerahkan Geran Khas Covid-19 kepada salah seorang wakil.

KUCHING: Sebanyak 75 persatuan Budha dan Tao menerima Geran Khas Covid-19 Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (Unifor) di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), hari ini.

Setiap badan tersebut menerima geran RM12,800 untuk kos operasi harian semasa pandemik Covid-19.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata pemberian melalui Unifor adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Sarawak untuk menjaga kepentingan semua rakyat negeri ini tanpa mengira bangsa dan agama.

“Oleh itu, kita semua perlu bersyukur kerana hanya Kerajaan Sarawak sahaja yang memberi serta menghormati semua badan agama dengan pemberian geran tersebut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Hadir sama Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng; Temenggong Tan Joo Phoi, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Tan Kai serta Presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching dan Samarahan dan Datuk Richard Wee.

RAKAMAN KENANGAN… Kui Hian merakam gambar kenangan selepas penyerahan Geran Khas Covid-19 Unifor di Auditorium MBKS, hari ini.

Suara Sarawak