LUBOK ANTU: Pemandu wanita Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan kendiri berhampiran Sedarat pagi tadi cemas apabila terperangkap seketika di dalam kenderaan.

Menurut Komander Operasi PBK II Edwin Jonani, dalam insiden kira-kira 6.57 pagi itu sebuah Perodua Myvi yang dipandu wanita berusia 33 tahun terbabas ke bahu jalan.

KEMALANGAN kendiri melibatkan Perodua Myvi berhampiran Sedarat, pagi tadi.

KEMALANGAN kendiri melibatkan Perodua Myvi berhampiran Sedarat, pagi tadi.

“Apabila saya bersama-sama pasukan Charlie Balai Bomba dan Penyelamat Betong tiba di lokasi setengah jam kemudian, mangsa tidak dapat keluar daripada kenderaan.

“Lalu pasukan kita membuka pintu kenderaan, seterusnya mengeluarkan mangsa sebelum diserah kepada pasukan perubatan untuk dibawa ke Hospital Sri Aman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

KEMALANGAN kendiri melibatkan Perodua Myvi berhampiran Sedarat, pagi tadi.

Jelasnya, wanita yang dikenali sebagai Yek Kai Fong turut mengalami kecederaan ringan.

Operasi tamat 7.45 pagi.

Suara Sarawak