KUCHING: Seorang lelaki warga emas maut setelah motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kwang Lee Bank, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.35 tengah hari ketika mangsa, 69, bergerak dari arah Padungan.

“Mangsa, menunggang motosikal seorang diri terlibat kemalangan dengan sebuah lori dari arah belakang.

Motosikal dinaiki mangsa terbabit kemalangan bersama sebuah lori di Jalan Kewang Lee Bank.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa tidak sedarkan diri dan telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya dalam satu kenyataan kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa telah disahkan meninggal dunia di hospital ketika semasa dalam rawatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suara Sarawak