SARIKEI: Kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tanjong Manis yang memasuki hari kedua berjalan lancar.

Malah, proses pertemuan antara calon Parlimen Tanjong Manis Ir Yusuf Abd Wahab dan penduduk juga berjalan lancar disebabkan susunan pergerakan dan jadual yang rapi.

Penyusunan pergerakan mengikut jadual rapi penting bagi melancarkan aktiviti yang dijalankan kerana kawasan Parlimen Tanjong Manis agak besar.

Yusuf meluang masa bersama-sama rakyat di Dewan Masyarakat Sungai Sian.

Sepanjang program berlangsung, Yusuf turut menyertai pelbagai aktiviti bersama-sama penduduk di kawasan sekitar Tanjong Manis, Sarikei dan Bintangor sejak kempen bermula.

Antara aktiviti yang disertai termasuk program kemasyarakatan di sekitar Bintangor, Sarikei dan Sungai Sian.

Ini bukanlah perkara asing bagi anak kelahiran Kampung Paloh ini kerana beliau sememangnya terkenal dengan sikap rajin turun padang sejak menjadi ahli Parlimen kawasan itu, penggal lalu.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol.

Suara Sarawak