Seramai 33 orang penghuni hilang tempat berteduh setelah lima buah rumah musnah dalam kebakaran.

KUCHING: Seramai 33 orang penghuni hilang tempat berteduh ekoran kejadian kebakaran melibatkan lima buah rumah di Kampung Pulo Ulu, di sini, pagi tadi.

Kejadian tersebut turut memusnahkan sebuah kereta dan motosikal.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 1.46 pagi.

“Sembilan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi serta dibantu BBP Padungan dan Tabuan Jaya.

“Kebakaran terkawal pada jam 2.18 pagi dan tiada tanda-tanda api merebak di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian dan penghuni berjaya keluar dengan sendiri.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.51 pagi,” katanya.

Tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dari Petra Jaya, Padungan dan Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

Suara Sarawak