KUCHING: Seramai 459 suspek melibatkan 375 lelaki dan 84 perempuan terlibat dalam kegiatan salah guna dadah berjaya ditangkap bagi bulan September hingga November 2022.

Jumlah tangkapan tersebut dibuat dalam serbuan oleh pasukan operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di bawah Seksyen Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Kes tangkapan membabitkan suspek dalam lingkungan usia 17 sehingga 58 tahun dengan jumlah sebanyak 424 kes secara keseluruhan.

RAMPAS… antara jenis dadah yang berjaya dirampas.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan mendedahkan pecahan kes daripada jumlah tangkapan tersebut.

“Lima kes tangkapan membabitkan Seksyen 398, dua kes Seksyen 39A (2), lapan kes Seksyen 39A (1) dan 54 kes Seksyen 12 (2), satu kes Seksyen 6, 349 kes Seksyen 15(1)(A) ADB 1952 dan 30 kes Seksyen Akta Racun 1952.

“Sepanjang tempoh tersebut juga, sebanyak 10 kes di bawah Seksyen 39C ADB 1952 berjaya dituduh,” katanya Khamis lalu.

RAMPAS… antara jenis dadah yang berjaya dirampas.

Ekoran pelaksanaan operasi tersebut, dadah jenis syabu berjaya dirampas seberat 826.29 gram, Ketamin (1,012.82g), ganja (8.16g), pil ekstasi (11 biji), pil erimin 5 (610 biji) dan pil nospan (814 biji).

“Jumlah nilai rampasan tersebut mencecah lebih RM194,000,” dedahnya lanjut.

Beliau turut menyeru mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai berhubung kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Suara Sarawak