KUCHING: Jumlah mangsa banjir dan tanah runtuh di Sarawak masih kekal seramai 64 orang daripada 10 keluarga setakat jam 11 pagi ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sarawak berkata, kesemua mereka kini berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sebuyau dan Serian.

“Dua PPS yang beroperasi di daerah tersebut ialah Dewan Kampung Koran Mawang, Serian yang menempatkan seramai 57 mangsa daripada tujuh keluarga dan PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong, Sebuyau (7 orang daripada tiga keluarga),” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, kenyataan tersebut turut mengesahkan sebanyak 27 kawasan di negeri ini menunjukkan status air adalah surut.

Bagi kawasan Selangau, ia melibatkan Tebingan Sungai Batang Oya; Jalan Menuju ke Ensurai/Tabalong/Alat/Ng/Tamin; Tebingan Sungai Batang Mukah; Selangau Riverfront; Rh Chandu Kampung Keranji Madu; Rh Ingai Nanga Melinau, Rh Magdline Entayang Kampung Melinau; Rh Maran Nanga Selangau; Tebingan Sungai Buloh dan Tebingan Sungai Balingian.

Turut surut, Kampung Semapu; Kampung Judin; Kampung Paon (Sematan); Rumah Joseph Salim; Kawasan Persisiran Sungai Salim, Kawasan Persisiran Jalan Salim; Jalan Utama Salim Stabau; Lot 217 Jalan Stabau dan Lot 211 Jalan Stabau (Sibu); Rh Sudin Nanga Sipan; Jeti Klinik Lama; Wharf Express; Terminal Bot Express Kapit; Rh. John Ramba Sungai Sesibau; Kampung Muhibah dan Kampung Baru (Kapit).

Ia juga merangkumi daerah Matu di Kampung Bertong; Kampung Sekaan Besar; Kampung Jemoreng serta Kampung Kuala Matu manakala di Limbang, air direkodkan surut di satu-satunya kawasan iaitu di Kampung Buang Abai.

Manakala Kampung Hj Unan Jalan Bypass; Kampung Serampak Jalan Bypass; Kampung 1 Malaysia Jalan Bypass; Perumahan Setinggan Jalan Pujut 2 Adong; Perumahan Setinggan Kampung Wireless dan Jalan Raya Balai Bomba Miri Sentral (Miri) merekod status air meningkat.

Operasi pemantauan melibatkan seramai 117 petugas APAM Sarawak dengan kekuatan sebanyak 42 peralatan logistik.

Suara Sarawak