KUCHING: Abang Suhordie Abang Zaini, 52 kekal menerajui Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) setelah menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden pada Mesyuarat Agung Dwitahunan (AGM) BDFA 2023-2025 yang berlangsung Sabtu lepas.

Sekali gus, menyaksikan tokoh sukan terkemuka kelahiran Kampung Spaoh, Betong itu mengekalkan portfolio tersebut untuk penggal kedua berturut-turut.

2019-2022 merupakan penggal pertama Abang Suhordie sebagai Presiden BDFA.

EXCO BDFA 2023-2025…Abang Suhordie (duduk tengah) bersama-sama barisan exco baharu BDFA.

“Terima kasih kepada semua barisan Exco BDFA kerana masih memberi kepercayaan kepada saya untuk terus menerajui badan induk ini untuk tempoh tersebut,” ujar Abang Suhordie kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau juga berhasrat untuk meneruskan kesinambungan khidmat terbaik sepanjang tempoh tersebut sebagai membalas kepercayaan diberikan barisan exco sedia ada.

Dalam pada itu, mesyuarat tersebut juga turut menyaksikan semua exco bagi penggal 2023-2025 menang tanpa bertanding.

Haroce Entoi kekal bagi jawatan Timbalan Presiden, Azmi Abdullah dan Zaidol Zen (Naib Presiden).

Manakala, Saiful Hanizam Suhaini (Setiausaha Kehormat) dan Seliman Senin (Bendahari).

Suara Sarawak