KUCHING: Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya bagi lima bahagian di Sarawak sehingga esok, 24 Disember.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, ia membabitkan hujan sangat lebat dan berterusan dijangka berlaku di Bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong sehingga Sabtu.

“Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Sarikei dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro) juga sehingga esok.

“Dalam tempoh yang sama, amaran hujan berterusan tahap waspada akan berlaku di Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang,” kata kenyataan itu hari ini.

 

Menurut MetMalaysia, amaran tahap buruk dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan bakal berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam.

Sementara amaran waspada pula katanya jika terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

Suara Sarawak