PADAWAN: Seorang wanita yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dari segi mental dilaporkan hilang setelah keluar dari rumah di Taman Malihah 3, Jalan Malihah di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abg Ahmad, berkata mangsa yang dikenali sebagai Lee Sze Chieh, 41, dilaporkan hilang kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

“Semasa keluar dari rumah, orang hilang (OH) berpakaian baju berbunga-bunga, berseluar pendek warna hitam dan menggunakan selipar warna hijau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lee Sze Chieh yang merupakan OKU (mental) dilaporkan hilang setelah keluar dari rumah di Taman Malihah 3, Jalan Malihah.

Menurutnya berdasarkan temu-bual bersama kakaknya, ini merupakan kali kedua Sze Chieh hilang dari rumah dan dijumpai semula sehari selepas itu iaitu pada tahun lepas.

Justeru, katanya orang ramai yang ada melihat atau menjumpai mangsa dimohon menghubungi Balai Polis Batu Kawa di talian 082-463411 atau Ketua Balai Batu Kawa Inspektor Syahrulhafizy Ghazali di talian 013-229 9699.

Suara Sarawak