SARIKEI: Hospital Sarikei memohon bantuan orang ramai untuk mengesan ibu bapa kandung pesakit bernama Suzie Santi Rio Anak Boi.

Menurut kenyataannya, remaja perempuan berusia 15 tahun berasal dari Rumah Jenggut, Nanga Bulo, Kapit itu masih mencari ibu bapanya kerana mereka tidak pernah melawatnya sepanjang berada di hospital terbabit.

“Pesakit memaklumkan bapanya bernama Boi Anak Sinmong, manakala ibunya bernama Leja Anak Lubok.

Hospital Sarikei memohon kerjasama orang ramai mengesan keberadaan ibu bapa pesakit bernama Suzie Santi Rio anak Boi.

“Pesakit turut memberitahu telah berpisah dengan ibu bapanya sejak sekian lama.

“Berdasarkan sijil lahirnya, alamat terakhir ibu bapanya adalah di Rumah Jenggut, Nanga Bulo, 96800 Kapit, Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa ini, pesakit masih berada di Wad Kanak-Kanak hospital berkenaan.

Sehubungan itu, Hospital Sarikei memohon agar pihak yang mengenali kedua-dua ibu bapa pesakit untuk memaklumkan mereka tentang keberadaannya.

“Mereka juga diminta untuk datang segera ke Hospital Sarikei untuk perancangan discaj pesakit.

“Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Pegawai Kerja Sosial, Unit Kerja Sosial Perubatan, Setayler Saing di 084—653333 sambungan 2058,” tambah kenyataan itu.

Suara Sarawak