PINDAH….Pemindahan mangsa banjir ke PPS Dewan Millennia, Debak

KUCHING: 37 lokasi seluruh Sarawak kini masih dalam kawalan pemantauan banjir oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak setakat jam, 7 pagi hari ini.

Jurucakapnya mengesahkan, operasi pemantauan di Zon 4, Sibu adalah tertinggi dengan mencatat sebanyak 13 lokasi berisiko dinaiki banjir.

“Diikuti Zon Kuching enam lokasi, Sri Aman empat, Samarahan, Bintulu, dan Limbang masing-masing tiga dan dua pemantauan kawasan dilaksanakan di zon Miri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada masa, kenyataan itu berkata tiga insiden tanah runtuh turut berlaku di Sibu akibat kejadian manakala satu insiden tanah runtuh berlaku di Zon Kuching.

Kenyataan itu menambah, jumlah kumulatif pengoperasian banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2022 setakat ini mencatat 1,087 pemantauan kawasan, 23 insiden kejadian tanah runtuh, 69 kes pokok tumbang, dan 165 operasi pemindahan mangsa.

Suara Sarawak