KUCHING: Pemantaun lokasi berisiko banjir di Sarawak meningkat kepada 68 kawasan setakat jam 8 pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, Zon 4 iaitu Sibu mencatat rondaan Monsun Timur Laut (MTL) tertinggi iaitu sebanyak 12 kali rondaan.

“Ia diikuti Zon 1 (Kuching) dengan melaporkan enam rondaan MTL, Samarahan (5), Sri Aman (3), Bintulu (2) dan Limbang (2),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan sama katanya, satu kejadian pokok tumbang berlaku di Jalan Kampung Sesok Mukah susulan cuaca hujan tidak berhenti sejak semalam.

Manakala tiada laporan insiden tanah runtuh atau susur setakat jam 8 pagi ini di seluruh negeri.

Suara Sarawak