KUCHING: Cahya Mata Cement Sdn Bhd komited untuk memastikan bekalan simen di negeri ini tidak terganggu dalam menyokong pembangunan dan pertumbuhan infrastruktur Sarawak.

Justeru, Cahya Mata Cement Sdn Bhd dalam kenyataannya hari ini memberi jaminan kepada orang ramai bahawa mereka mempunyai lebihan simen di seluruh Sarawak.

Katanya, gangguan bekalan simen di Kuching dan kawasan berhampiran telah diselesaikan setakat awal November lalu.

“Pada masa ini, kami mempunyai lebih daripada cukup simen untuk membekal dan memenuhi semua keperluan pelanggan kami.

“Semua loji simen kami di Pending, Bintulu, Mambong dan semua terminal pukal kami di Sibu dan Miri beroperasi sepenuhnya untuk memenuhi keperluan bekalan semua pelanggan kami,” katanya.

Jika pelanggan dan orang awam menghadapi sebarang kesulitan mendapatkan bekalan simen, Cahya Mata Cement boleh dihubungi di talian 013 818 691 (panggilan atau whatsapp).

Suara Sarawak