KUCHING: Sarawak mencatatkan sejumlah 916 kes Covid-19 sepanjang minggu epidemiologi (epid) ke-48 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 321,227.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, daripada jumlah tersebut 884 kes di bawah kategori 1 dan 2 manakala 32 lagi di bawah kategori 3,4 dan 5.

“Kuching mencatatkan 276 kes baharu sementara Miri 123 kes, Sibu,119 kes, (104), Sarikei (43), Samarahan (41), Serian (33), Betong(17), Bau (14), Mukah(13), Kapit dan Subis, masing-masing merekodkan 12 kes diikuti Sri Aman, Lubok Antu dan Tebedu 10 kes.

“Manakala Meradong mencatat lapan kes, Simunjan (7), Dalat dan Pakan (6), Lawas dan Asajaya (5), Julau, Tatau, Beluru, Kanowit dan Lundu (4), Pusa, Marudi dan Saratok (3), Selangau Telang Usan dan Bukit Mabong (2) sementara Limbang, Daro, Kabong, Song dan Kapit satu kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN melaporkan daerah Sibu merekodkan satu kes kematian pada minggu ke-48 Epid (Epidemiologi).

Suara Sarawak