KUCHING: Mesyuarat Agung Dwitahunan, Persatuan Berbasikal Sarawak (SCA) 2022/2024 yang diadakan baru-baru menyaksikan Datuk Benjamin Hasbie terus mendapat mandat untuk menerajui badan induk berkenaan.

Pada pemilihan itu, beliau menang tanpa bertanding selepas dicalonkan bagi jawatan presiden.

Dalam pada itu, tiga lagi jawatan iaitu timbalan serta dua jawatan naib presiden turut menyaksikan mereka yang dicalonkan menang tanpa bertanding.

EXCO SCA 2022/2024…Datuk Benjamin Hasbie (duduk, tengah) bersama-sama barisan exco SCA.

Alffian Kadri menang untuk jawatan timbalan Presiden SCA. Manakala Ahmad Jumry Kassim dan Irawan Sudarsono sebagai naib presiden.

Sementara itu, beberapa nama turut berada dalam barisan Exco SCA. Antaranya, Saiful Hanizam Suhaini Jimmy Ting Tui Loi, Jasmin Yamin, Norseman Sharkawi, Mohamad Samuri Sahid dan Morshien Affandi.

Bagi jawatan setiausaha dan penolong setiausaha, ia disandang oleh Zahirunisa Abd. Rahim dan Danny Hii Wei Ming.

Manakala, Mohd. Hairulnizam Mohd. Zamri dan Dr. Sharizal Hashim masing-masing memegang jawatan bendahari dan penolong bendahari.

Suara Sarawak