BINTULU: Dua individu cedera selepas terlibat dalam kemalangan kendiri berdekatan Rumah Ambong, Batu 22 Jalan Bintulu-Miri di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.04 petang.

Anggota bomba mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dalam kemalangan kendiri berhampiran Rumah Ambong, Batu 22 Jalan Bintulu-Miri.

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat mangsa tersepit akibat kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta Toyota Camry yang hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Tambahnya, pasukan bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Anggota bomba mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dalam kemalangan kendiri berhampiran Rumah Ambong, Batu 22 Jalan Bintulu-Miri.

“Selesai kerja-kerja menyelamat, seorang mangsa dibawa ke hospital dengan menggunakan kenderaan
EMRS, manakala seorang lagi dibawa oleh pihak ambulans,”katanya.

Suara Sarawak