Keadaan kereta sedan yang rosak selepas bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda  berhampiran lampu isyarat di Batu 2 di sini, malam tadi.

BINTULU : Dua pemandu cedera ringan dalam kemalangan melibatkan kenderaan sedan dan pacuan empat roda (4WD) di lampu isyarat di Batu 2 di sini, malam tadi.

Menurut Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad, anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.17 malam.

Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati pemandu kereta berusia 29 tahun itu terperangkap di dalam kereta sedan.

“Mangsa yang mengalami sakit belakang berjaya dikeluarkan dari kereta dan dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun katanya, pemandu lori pikap pula berjaya keluar daripada kenderaannya sebelum anggota penyelamat tiba dan mengalami kecederaan di dahi.

 

Suara Sarawak