Perodua Kenari yang dinaiki mangsa mengalami kerosakkan pada bahagian hadapan.

LUNDU: Dua lelaki maut manakala seorang wanita cedera dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Bau-Lundu, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 7.56 pagi.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah Perodua Kenari, Perodua Myvi, Proton Saga, dan sebuah lori treler.

“Dua orang mangsa lelaki dari kenderaan Perodua Kenari telah meninggal dunia di lokasi dan telah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Manakala seorang pemandu wanita kenderaan Perodua Kenari mengalami kecederaan di kepala dan telah diberikan rawatan oleh pihak EMRS sebelum diserahkan kepada pihak ambulans KKM untuk dibawa ke Hospital Lundu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara beliau berkata, tiga mangsa kemalangan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Suara Sarawak