KUCHING: Empat pemain sepak takraw Sarawak dipanggil untuk mengikuti sesi pemilihan bersama-sama skuad sepak takraw kebangsaan yang akan bermula dari 13 hingga 16 Disember ini.

Barisan pemain terbabit ialah Nigel Saban Jeffery (apit kanan) Muhammad Hariz Hipni (tekong), Sharifah Fifi Nurdyana Wan Muhamat Abdul Rahim (apit kiri) dan Willcemina Lengiau Anjan (tekong).

Ketua jurulatih Fadlansyah Barahim menzahirkan rasa gembira sebaik dimaklumkan berhubung perkara itu.

BERPOTENSI….Nigel Saban Jeffery (apit kanan).

“Satu perkembangan positif bagi kita terutama dunia sukan sepak takraw Sarawak apabila menyaksikan empat pemain dipanggil untuk mengikuti sesi pemilihan tersebut,” ujar beliau kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau berharap kesemua pemain terbabit dapat menggunakan peluang yang ada untuk mempamer aksi terbaik masing-masing.

“Diharap keempat-empat pemain ini dapat menggunakan peluang yang ada.

BERBAKAT…Sharifah Fifi Nurdyana Wan Muhamat Abdul Rahim (apit kiri).

“Inilah kesempatan terbaik untuk mereka menempatkan diri dalam skuad kebangsaan,” tambah beliau lagi.

Menurut Fadlansyah, kesemua pemain terbabit berbakat dan beliau amat yakin mereka mampu bersaing dengan pemain lain yang turut serta dalam pemilihan itu kelak.

Suara Sarawak