Fadillah mengimbas kad perakam waktu di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Fadillah Yusof secara rasmi memulakan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM), pada hari ini.

Beliau hadir di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra lalu mengimbas kad perakam waktu kira-kira jam 12.04 tengah hari tadi.

Ia selepas beliau menghadiri mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini merupakan pertemuan pertama kesemua Jemaah Menteri selepas mengangkat sumpah jawatan pada 3 Disember.

Dalam perkembangan lain, Fadillah turut menandatangani buku selamat datang dan bertemu pengurusan.

Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih atas kehadiran Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Suara Sarawak