Datuk Hii Chang Kee (sembilan kiri), bersama ahli MNS bergambar bersama selepas melancarkan majalah edisi khas Malaysia Naturalist-Sarawak’s Biodiversity at a Glance

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak sedang mengkaji untuk menganjurkan ‘Festival Melihat Burung’ di Teluk Bako-Buntal.

Demikian jelas Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Hii Chang Kee yang berkata festival seumpama itu bukan sahaja akan mempromosikan pelancongan negeri tetapi ia juga akan mempromosikan lima terasnya – budaya, alam pengembaraan, makanan dan perayaan (CANFF).

Pada tahun 2019 jelasnya, Sarawak sebenarnya telah menyokong program serupa yang dipanggil Asian Bird Fair.

“Memandangkan Buntal merupakan tempat pertemuan semua burung yang berhijrah, maka ini adalah idea yang baik untuk mengadakan Pesta Melihat Burung sempena Pameran Burung.

“Justeru, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) perlu mencadangkan kepada kementerian mengenai acara yang selari dengan CANFF ini dan seterusnya Kementerian akan menyediakan geran.

“Dari situ, kita boleh bekerjasama secara bersama tentang cara mengaturnya,” katanya pada majlis pelancaran majalah edisi khas Malaysia Naturalist-Sarawak’s Biodiversity at a Glance di Bangunan Baitulmakmur II, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau juga kagum melihat spesies burung pantai yang terancam di dunia ini ditemui di Borneo.

“Seperti yang didedahkan oleh Penyelidik Burung Pantai MNS Cawangan Kuching Batrisyia Teepol, beliau telah menulis satu penulisan tentang burung pantai terancam yang berhijrah di negeri ini.

“Justeru, Sarawak boleh menjadi perhentian terakhir bagi burung pantai ini dalam perjalanan mereka, ataupun sebagai perhentian mengisi minyak – seperti dalam perlumbaan,” katanya lagi.

Terdahulu, Hii didedahkan oleh Batrisyia Teepol menerusi pembentangan mengenai burung pantai terancam  yang dijumpai di persisiran pantai lumpur di Teluk Bako Buntal.

Jelas Batrisyia, Bako-Buntal Bay yang merupakan satu-satunya Flyway Network Site di Malaysia yang diiktiraf oleh East Asian-Australasian Flyway Partnership (EAAFP) menjadi tempat penghijrahan spesies burung pantai terancam di dunia.

Setiap tahun katanya, kawasan lembab di Teluk Bako- Buntal dikunjungi oleh sejumlah besar spesies yang terancam secara global seperti The spoon-billed sandpiper, Great Knot, Far Eastern Curlew, Chinese Egret dan Nordmann’s Greenshank.

Suara Sarawak