KUCHING: Perlawanan akhir Piala Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas 2022 yang sebelum ini dijadualkan berlangsung pada 10 Disember ditukar ke satu tarikh baharu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini memberitahu, tarikh baharu bagi perlawanan akhir tersebut ditetapkan pada 18 Disember nanti.

“Ia berikutan berlaku pertembungan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, maka tarikh asal aksi final terpaksa ditunda,” ujar Abang Suhordie kepada Arena Suara Sarawak.

PRESIDEN BDFA…Abang Suhordie.

Katanya, barisan exco badan induk berkenaan telah mengadakan mesyuarat membincangkan penundaan tarikh tersebut semalam.

Apa yang pati tegasnya, persetujuan telah dicapai untuk menunda tarikh perlawanan tersebut dan ia sudah dimaklumkan kepada pengurus kedua-dua pasukan iaitu Jang Bukit Saban dan Semarang Village United.

Menurut Abang Suhordie, gelanggang bagi perlawanan akhir membabitkan kedua-dua pasukan itu kekal di Kompleks Sukan Spaoh, Betong.

Suara Sarawak