SIMUNJAN: Pasukan Goal Digger mencipta sejarah tersendiri selepas muncul juara Pertandingan Petanque Beregu Tertutup Wanita Kampung Rangawan, Sadong Jaya 2022.

Ia hasil kemenangan (13-11) dicatat ke atas PPWS SJ A pada aksi final yang berlangsung di gelanggang petanque Kampung Rangawan, Sadong Jaya, hari ini.

Kejayaan itu membolehkan pasukan Goal Digger yang dibarisi Sapiah Ariffen dan Dayang Nur Aqillah Najwa membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan hamper.

RAKAM KENANGAN…Awla Dris dan Rodiyah Sapiee bergambar kenangan bersama-sama para pemain selesai majlis penyampaian hadiah.

Sementara itu, gandingan Kamizah Abu Kassim dan Nurul Hana dari PPWS SJ A yang menduduki tempat kedua turut menerima hadiah wang tunai serta hamper.

Tempat ketiga milik pasukan NCOBA NASIB (Siti Jaleha & Moliza) yang menumpaskan gandingan Rabaah dan Siti Fazira dari pasukan PPWS SJ B ditempat keempat (13-11).

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee dan Adun Simunjan, Awla Dris.

Pertandingan tersebut dianjur oleh Persatuan Petanque Kampung Rangawan, Sadong Jaya dengan kerjasama Persatuan Hal Ehwal Wanita (HELWA) Kampung Rangawan dan RSJ berlangsung selama dua hari dengan menghimpunkan 12 pasukan.

Suara Sarawak