IPD Bau mengadakan hari bersama pelanggan pada 20 dan 21 Disember ini, menawarkan diskaun 50 peratus saman.

BAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau bersama-sama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Bau mengadakan hari bersama pelanggan pada 20 dan 21 Disember ini dengan tawaran diskaun 50 peratus saman polis.

Pembayaran saman dibuat di kaunter saman Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Bau bermula jam 8 pagi hingga 3 petang.

Tawaran diskaun sebanyak 50 peratus ini adalah bagi semua jenis saman kecuali saman lampu isyarat merah, saman kemalangan (semasa), saman menggunakan lorong kecemasan, saman ubahsuai ekzos, saman memotong di barisan berkembar, saman memotong secara berbahaya, saman non compound (n/c), saman bicara mahkamah (bertanda ‘m’) dan saman melibatkan motolori (bertanda ‘^’).

Maklumat lanjut boleh hubungi IPD Bau 082-763311/ ext-216.

Daftar di https://stssapp.com/

Suara Sarawak