
SINGAPURA: Laluan penerbangan Singapura dan Sarawak kini diperluas dengan penerbangan secara terus Sibu-Singapura-Sibu yang bermula secara rasminya hari ini.
Sekali gus menjadikan penerbangan secara terus ketiga selepas Kuching dan Miri.
Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin, untuk laluan Singapura-Sibu, Air Asia melakukan empat kali penerbangan seminggu dari Lapangan Terbang Changi, Singapura.
“Kali ini, ia lebih memudahkan penumpang khususnya penduduk Sibu yang sebelum ini menggunakan penerbangan Singapura-Kuching atau Miri.
“Namun, kini mereka boleh menaiki penerbangan secara terus untuk ke Sibu atau Singapura,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyambut ketibaan penumpang yang menaiki penerbangan pertama Singapura-Sibu di Lapangan Terbang Sibu pada Jumaat.
Pesawat AK1410 berlepas dari Lapangan Terbang Changi pada jam 5 petang dan tiba di Sibu sekitar jam 6.20 petang.
