KUCHING: Daerah Asajaya bakal menjadi tumpuan masyarakat berikutan berlangsungnya Karnival Sukan Asajaya 2022 bermula dari 24 hingga 26 Disember ini.

Bertempat di Kompleks Sukan Asajaya, sebanyak lima acara sukan bakal dipertandingkan sepanjang tiga hari berlangsungnya karnival tersebut.

Antaranya adalah futsal (lelaki terbuka, wanita & veteran) memanah individu (lelaki), aerobation challenge (lelaki & wanita), menimang bola (lelaki) dan tendangan penalti street soccer (lelaki & wanita).

Karnival berkenaan dianjur oleh Kelab Sukan Komuniti Asajaya dengan kerjasama beberapa agensi lain.

Apa yang menariknya, pemenang tempat pertama hingga ketiga bagi setiap acara sukan yang dipertandingkan akan menerima hadiah wang tunai, piala beserta pingat.

Suara Sarawak