SARIKEI: Kerajaan Sarawak memperuntukkan hampir RM500,000 untuk melaksanakan projek pembinaan lampu isyarat baharu di simpang utama Jalan Bintangor Sarikei.

Projek yang bermula Ogos lalu itu, kini siap sepenuhnya dan dapat dimanfaatkan oleh pengguna yang melalui laluan berkenaan.

Aliran trafik di simpang empat Bintangor Sarikei kini berjalan lancar dengan adanya lampu isyarat pintar di kawasan itu.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, matlamat utama projek itu ialah meningkatkan tahap keselamatan pengguna selain memastikan aliran lalu lintas di kawasan terbabit lebih teratur.

“Sebelum ini, kita menerima banyak rungutan daripada pengguna jalan raya kerana lampu isyarat lama kerap rosak akibat dilanggar kenderaan.  Malah masalah itu berlaku beberapa kali menyebabkan kemudahan berkenaan kurang berfungsi.

Aliran trafik di simpang empat Bintangor Sarikei kini berjalan lancar dengan adanya lampu isyarat pintar di kawasan itu.

“Sehubungan itu, saya ingin berterima kasih kepada kontraktor yang berjaya menyiapkan projek ini lebih awal berbanding jadual sebenarnya,” katanya ketika ditemui media di sini, semalam.

Suara Sarawak