KUCHING: Seorang lelaki dikhuatiri sesat di dalam hutan, Kampung Kuap, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 3.36 petang.

Justeru itu katanya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa dikenali Alemson Siriyos.

Lapan anggota bomba dari BBP Kota Samarahan digerakkan untuk mencari seorang lelaki dikhuatiri sesat di hutan Kampung Kuap.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tiba dilokasi kejadian kira-kira jam 4.24 petang, seterusnya memulakan pencarian dalam radius dua kilometer dari Kampung Kuap.

“Ahli keluarga mangsa seramai dua orang turut serta dalam pencarian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, komander operasi melaporkan pihaknya masih meneruskan pencarian dengan menyusuri trek yang dibuat mangsa.

Anggota penyelamat dan ahli keluarga masih meneruskan pencarian dengan menyusuri trek yang dibuat mangsa.

Katanya, semasa pencarian, cuaca dilokasi hujan dan gelap.

Setakat berita ini ditulis, mangsa masih belum ditemui.

Suara Sarawak