SIBU: Seorang lelaki kurang siuman dipercayai suspek yang terlibat dalam kes pecah Tanah Perkuburan Islam Al-Qadim di sini tempoh hari (24 Disember) diberkas polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 49 tahun itu ditahan di Jalan Channel sekitar jam 1 petang.

Zulkipli mengatakan suspek mempunyai sejarah pesakit mental.

SUSPEK (kanan) ketika disoal pihak polis sebelum ditahan.

“Suspek kemudian dirujuk ke wad psikiatri Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

“Susulan penangkapan suspek, satu kertas siasatan dibuka di bawah Sekysen 297 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada malam Khamis

Bagaimanapun, beliau menyatakan kes itu akan dirujuk ke pejabat Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan lanjut.

Pada 24 Disember lalu, sebanyak 11 buah kubur telah dirosakkan, menjurus kepada satu laporan polis yang dibuat seorang lelaki berusia 39 tahun di Balai Polis Sentral Sibu.

Difahamkan, suspek juga pernah ditahan oleh polis kerana melakukan jenayah yang sama, di tanah perkuburan yang sama, pada 15 Ogos lalu.

Sehubungan itu, Zulkipli menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.

Suara Sarawak