KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus menjadi keutamaan negeri.

Ketika menyatakan demikian, beliau menegaskan MA63 adalah hak Sarawak dan ia merupakan satu perkara yang diperjuangkan oleh kerajaan negeri.

“Memetik ungkapan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem, hanya rakyat Sarawak yang tahu apa yang diperlukan negeri ini dan kami akan melakukan yang terbaik untuk menjaga Sarawak.

Abang Johari ketika berucap pada majlis Malam Kelab Penyokong GPS di Hotel dan Pusat Konvensyen Raia.

“Saya berharap Perdana Menteri baharu kita dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap hak kita untuk MA63,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika majlis Malam Kelab Penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Hotel dan Pusat Konvensyen Raia pada Khamis.

Menurutnya lagi, jawatan Timbalan Perdana Menteri di peringkat persekutuan bukanlah satu keutamaan.

“Namun, apabila ia sudah ditawarkan, kita ambil peluang tersebut,” katanya ringkas.

Sementara, Abang Johari menegaskan bahawa matlamat kerajaan negeri adalah untuk mencapai kestabilan kerajaan.

Suara Sarawak