RAMAI… pelbagai ragam orang membeli barang keperluan sebagai persedian menyambut tahun baharu

 

SESAK… keadaan kenderaan yang mula penuh sejak jam 9 pagi

 

BAHAN MENTAH… orang ramai membeli ayam, daging, ikan dan sebagainya untuk bersiap sedia membuat hidangan istimewa masing-masing

SUASANA jalan raya pada pagi ini tidak kurang padatnya ekoran orang ramai bersiap sedia untuk menyambut pertukaran tahun pada malam 31 Disember, hari ini.

Sejak jam 9 pagi tadi, kesesakan berlaku di bandar Kuching ini khususnya di pasar raya susulan menjelang tahun baharu yang bakal berlaku kurang 12 jam dari sekarang.

Tinjauan Suara Sarawak turut mendapati masyarakat bersemangat untuk bertemu tahun baharu, khususnya selepas beberapa tahun kita dilanda pandemik.

Kelihatan orang ramai membuat persiapan dengan membeli pelbagai bahan mentah termasuk ikan, ayam, daging dan lain-lain untuk membuat hidangan istimewa masing-masing pada malam sambutan.

Selain menyambut sambutan tahun baharu 2023, ada juga yang mengambil kesempatan tersebut untuk menyambut hari jadi, malah bagi yang Islam makan tahlil dan sebagainya.

Manakala, bagi mereka yang menyambut jauh dari keluarga bersama-sama rakan-rakan, mereka menyambut dengan pergi ke pusat hiburan menyanyi, menonton wayang dan sebagainya.

Pada masa sama, berkumpul bersama-sama orang tersayang sambil merapatkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Dalam pada itu, orang ramai yang belum mempunyai sebarang rancangan dijemput untuk menyaksikan sambutan ambang tahun baharu bersama-sama di Stadium Perpaduan bermula jam 7 malam.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk persembahan bunga api yang sememangnya dinanti-nantikan pada malam tersebut.

Suara Sarawak