KUCHING: Media terus memainkan peranan penting dan kekal sebagai jambatan antara orang ramai dan syarikat untuk mendapatkan maklumat di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) Datuk Abdullah Medan berkata dalam konteks organisasi, peranan media membantu dalam menyebarkan maklumat perniagaan harian, yang secara tidak langsung meningkatkan reputasi syarikat.

“Saya yakin pengamal media sentiasa memastikan berita yang dikongsi relevan dan tepat terutamanya penerbitan berita melibatkan syarikat.

Abdullah Medan, Aziz, Jeniri dan Matshalleh bersama-sama wakil agensi media masing-masing membawa trofi penghargaan yang diberikan oleh Bintulu Port Holdings.

“Pelabuhan Bintulu terus menjadi pemangkin dalam industri dan berharap dapat menyumbang kepada kejayaan sosioekonomi Sarawak dan Malaysia,”.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Malam Apresiasi Media 2022 anjuran BPHB di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Beliau juga menegaskan bahawa Pelabuhan Bintulu akan meningkatkan lagi hubungan mereka dengan petugas media di seluruh Sarawak.

MERIAH… Datuk Medan bersama-sama kakitangan BPHB dan wakil media dari pelbagai agensi media merakamkan gambar kenangan pada Malam Apresiasi Media 2022.

“Tiada siapa dapat menafikan peranan pengamal media kerana mereka telah memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pemodenan negara,” katanya.

Sebagai sebuah syarikat, beliau berkata BPHB akan terus mengiktiraf dan menghargai hubungan kerja dengan pihak media.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Aziz Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune Datuk Dr Jeniri Amir, Ketua Pegawai Operasi BPHB Matshalleh Mohamed Etli, kakitangan BPHB dan pemberita dari pelbagai agensi media.

Suara Sarawak