KUCHING: Liga Bola Sepak Bawah 20 Tahun SSC/FAS 2022 melabuhkan tirainya pada Sabtu nanti.

Dua pasukan, Miri FA dan Serian FA akan turun membuat perhitungan pada aksi akhir yang akan berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya.

MARA KE FINAL…Pasukan Miri FA.

Perlawanan penentuan juara membabitkan kedua-dua pasukan terbabit akan bermula pukul 3:30 petang.

Di atas kertas, kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan tersendiri. Apatah lagi, mengambil kira prestasi hebat dipamer pada perlawanan separuh akhir petang tadi.

BURU GELARAN JUARA…Barisan pemain Serian FA.

Miri FA berjaya mara ke pentas akhir selepas menumpaskan Kuching FA (2-0) aksi separuh akhir di Stadium Sarawak, Petra Jaya sebentar tadi.

Berbanding kemenangan (4-2) diperoleh Serian FA ke atas PSSI Kalimantan Barat (Indonesia) menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-duanya terikat tanpa jaringan sepanjang 120 minit permainan termasuk 30 minit masa tambahan di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Suara Sarawak